Terletak di salah sebuah bandar terbesar di Iraq iaitu Najaf, Wadi Al-Salaam meliputi kawasan seluas 1485.5 ekar. Najaf mempunyai populasi 600,000 orang tetapi tanah perkuburan ini menempatkan jutaan mayat. Ia juga masih meneruskan tradisi mengebumikan mayat sehinggga ke hari ini dan ianya bermula 1400 tahun yang lampau.
Terdapat banyak makam raja, sultan dan puteri yang dikebumikan disini. Masyarakat setempat percaya bahawa Wadi Al-Salaam juga menempatkan kubur Nabi Hud, Nabi Salleh dan juga salah seorang khalifah iaitu Ali Bin Abi Talib.
Semasa perang di Iraq pada tahun 2003, pihak pejuang Iraq menggunakan tanah perkuburan ini sebagai tempat perlindungan dari serangan tentera Amerika. Ini memberikan kelebihan kepada pejuang Iraq kerana mereka tahu selok-belok jalan di Wadi Al-Salaam. Dan ini terbukti apabila tentera Amerika sesat di kawasan ini.
Sumber : Unesco, BBC
0 comments:
Post a Comment